i tag youuuu..you tag i..i love u*bangang

okay,next entry ni kene tag ngan rabbani sepohon kayu daunya rimbun.eh panjang nye name budak ni.HAHAHAHA.actually dah lame gilaa dah dia tag ni.and now baru berkesempatan nak buat.(padahal kol 8 kang keje..sekarang kol 2 pagi ye bani..banje aku makan.)actually RABBANI ni budak-budak ni cakap mukaa kitorang almost same..aku tengok tade laaa same pon.sebab aku macho banyak.ekekekekekeke.kiding* maybe laaa pandang sekali imbas sekali scan 2 3 kelip samaaa.MAYBE! *eh bodo laaa merepek.
ok.here the rules..siap ade rules kalo menang hamper takpe jugak.HAHAHAHAHA

1) must post this rules
2) post 11 things about themselve in their post
3) answer the question that those tagger set for you
4) have to choose 11 people to tagged them in their post
5) don't forget to go their page and tell them
6) no tag back!
7) no stuff in the tagging section that "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU
LEGITIMATELY (a.k.a Really trust with all honesty) have tagged 11 people


........................................................................................
11 THINGS KEBAOUUT MI

*nama ai raazakmohd.boleh panggil ai adam levine.oooyeah
*Currently working as management trainee at Singapore
*alumpunai UPM.kc .course Software Engineering
*Color black white grey green warna warni aidilfitri.
*i love sport.time study dulu sume aku sebat.HAHAHAHA.but i love to play handball volleyball and tennis.
*pernah mewakili kebangsaan untuk Sukan Kayak.*awesome
*Kalo aku marah aku senyap.dan blah
*Aku ni friendly....ecehh...org tak kenal aku buat2 kenal*gua memeeee muke tak malu
*Suka travel siot
*aku sukaaaaaa kacau org.nasib ah sape kene.HAHAHAHAHA
*AKU NAK KAWEN
*nnak kawen
*nak kawen duit takde.HAHAHA

mak aiiii terlebih ni.ko lenkali bani letak le 100 ke.ni sebelas je.x mencabar jasmani.HAHAHAHA

aku takde soalannnn untuk korang yang nak kene tag ni...kire korang amik jelee soalan2 yg bani kasi aku tu.kopi paste sudeh...

aku nak tag


-najib tun razak
-mahathir
-anwar sucker
-donald trumph
-naib canselor UPM
-obama
-benazir bhutoo**** woi buto die dah mampus dah kot.
-karam singh waliaaa
-fiza saharudin
-fara idris
-ijah muekmyy
-bulat-bulat belaa
-rocky bosbin-kalo berani buat
-syahmi ganu kiteeeeeee

ok babai.bebai


p/s:SORI LAAA LANGGAR PERATURAN hahahahaha

watchaaadokk

HAHAHAHAHA.tetibe gelak sebab aku update blog yang cam tah papeneh.woi gila i tell yuuu busy duh sampai tak terhapdete(padahal malas).and now im currently moved to singapore.Life sini best sebab memang awesome.butttttt currency dio bapak tinggi an.for this first month memang gilaa-gilaaa sakit aku di buat nye.sekejap gila duit RM yang aku convert ke SGD aritu hampir nak habis.dalam mase satu minggu.haaaaaa hamik kau.last week aku tukar rm800 ke sgd jadi $333.kene bayar tu bayar ni beli tu beli ni.tinggal skang tak sampai 40 dolar T____T. eh betul aku skang stay kat Yishun keje kat Jurong East.pegi balik naik mrt dalam 3.50 dolar per day.and aku beli untuk sebulan 105 dolar kira-kire rm 252 duit malaysia. tambang je tu.seghupaa duit minyak kete aku sebulan hahahaha.makan sehari 15 dolar(rm40) SEHARI.kepala hotak dia.HAHAHAHA.yeee aku memang jakunn sebab yelaa first time duduk lame2 kat sini.T____T.memang terasaaa cepat mcm air duit yang ko dah convert tu..tapi once ko dah dapat salary from singapore.it back to normal..yeahhh lagi murah dari malaysia.serius.kau bayangkan contoh gaji kau 5000 dolar.contoh ye adik2..jeans kau beli bari 99 dolar.oi murah ah tu.perfume 17 dolar.omangaiiii.tapi jgn boros.simpan buat kawen.HAHAHAHAHAHA.x beragak membebel

trasportation AWESOME.kat sini naik MRT boleh Access mano2 tempat kau nak g.




peningkan tengok map mrt tu.tapi serius senang nak g mane2.sume die pegi.tapi before tu kene faham kan dulu.aku dah pakar skang hehehehehe.mrt kat sini x mcm malaysia..berebut2 nak naik...penduduk diee(penduduk sangat) cam disiplin laaaa..kalo penuh je die akan q line next mrt..and next mrt selang 2 minit sajo..tu yg best..

tu jelaaa kot nak cakap.free kang aku updte lagi,malas gilaaa dah tetibe.HAHAHA bye

perempuan dan hantaran.

berhibur sebentar.........bersamo saniy dah izzah.
KHAS UTK WANITA YG TERLAMPAU DEMAND TENTANG WANG HANTARAN...

makcik izzah : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".

saniy : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "..

makcik izzah : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ".

saniy : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!

cuba baca

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.



memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada
masa depan…



memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya.


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA..

p/s:sumber from cik epal/

gatal

sekarang ni kan aku bukan main gatal lagi

perasaan nak kawin membuak-buak

padahal hartaaa habuk pon tadak HAHAHA

eh sudah laa berangan je lebih.panggggg!!!

kumpuiii duit dulu.

dah ade 50 ribu baru boleh kawen*tepuk dahi.

zaman sekarang sumorang nak kawin pakai loan.

perghhh! nak kawen pon nak loan ke apaa?

cukup laaa dengan loan kereta + rumahh

mau terberakkk dibuatnye.

so start from now on

kerja bagus-bagus ada harta baru boleh go on

kang tak sia-sia bini kau merempat tepi jalan.oh no!no!

zaman selepas belajar,kau kena pandai manage kewangan

peh menyesal la tak amik account dulu
kalo tak aku dah pandai jage duit dah

frankly speaking.aku memang boros dooo!
dunno laa how nak membanteras sifat yg alolololololo abes duit aku ni

even setiap kali aku plan nak saving banyak ni-banyak ni this month..
tuuupp...tuppp tergunaaa pulak,

any advise?arghhhh



p/s:congrate to fikri

congratulation.


nothing.aku just nak wish congrate kat fahmi.congrate sebab dah convo theory.alololo bape tahun lagi neh nak abes.aku kerjaa dulu eh.fyi dia-lah pendengar&penyelesai masalah aku yang termantap sekali.we share evrything.alololo.bapak pandai nyelaaa kawan-kawan aku ni amik medic.aku pulak yg tersesat HAHAHAHA.sabar.ade hikmahnye.hihihi.




fahmi bengong.

p/s: goodluck for your koas bro
p/s2:untuk awak goodluck jugak.:)

rezeki dari ALLAH


assalamualaikum.

terkejut an.baru je bapa minit aku pos entry..dah pos entry baru.penangan bape bulan tak hapdate.nasiblah korang,aku tengah rajin gilaa padahal esok kerjaa.mampus kalau tak bangun!

btw sejak bekerjaa ni alhamdullilah rezeki dari Allah tak pernah putus.walaupun gaji light- light je.aku tetap bersyukur.standard laa baru pas study kan,nak gaji berpuluh riban kau pi jadi perompak lah.

Alhamdullilah,dengan izinnya aku memiliki satu-satunya harta sendiri.hasil titik peluh sendiri.tadelaa bepeluh pun.duduk dalam aircond je puunnn.bukan nak berlagak menunjuk ke apa.sekadar berkongsi.sape tak sukaa dan rase aku annoying boleh click button pangkah atas sane.hihi.

tadaaa....


forte siot.panggggg!! mimpi jelah.memang aku nak amik keretaa ni haritu tapi ayah aku membebel bukan main panjang lagi.so terkubur hasrat dan cita-cita aku nak drive forte.sob sob






and last.atas dorongan ayah...bukan dorongan pun.paksaan kot.hahaha sorry dad.and here,i'll use this car.myvi elegence.oklaaaa dari tadepape.silaaa bersyukur sekaranggggg razak.

inilah satu-satunyaaa harta yang aku adaa.hihi

dann dann .....
misi seterusnyaa membeli rumah.besar siot angan-angan.hahaha.its real man.aku nak beli rumah type studio apartment.memang mahal gilaaa.tapi aku cubaa laaa.cool kot studio house.mane tau kalo gado-gado ngan bini.boleh balik studio.hihihi*sori syg..
ni sume punca apai.hahaha




sekadar hiasan sajo.

itu saja dari aku.mogaa tuhan luas kan rezeki aku dan kamu semua.amin.


ps:special thanks tu BKP,PHT,TP dll.offcial transport mase kat UPM.hihi


untuk mu wanita:)

for those who may concern..
here i attach you d signs a man love you.i'll just copy from mimi rahimi blogs.and i think all of you should know about this.Sometimes you never noticed,sometimes u never care.Maybe behalf of you in this situation right?haha.to those who have never noticed, please read
.HAPPY READING!!

1. Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan…
2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
3. si dia akan sentiasa menghantar sms..tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…
4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah…Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
6. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
11. sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..
12. Tidak suka kamu memakai seksi…kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek…
13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
18. Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu…
19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.


P/s:do you feel something sayang?HAHAHA

kembali bersiaran langsung


lama gilaa tak update blog.
aritu cakap pumpang pumpang nak update.tapii habuk pon tarak.
bukan ape guys.busy gila we.dengan baru kerja mase tuh.pindah rumah.haih.memnag penat gile.ni pon sebaik dah ade internet connection.sebab dah pasang unifi.kalau tak ntah bile ler.haha.

btw.since aku kerjaa ramai yang tanya aku kerjaa.kat manaa.penat tauu jawab.okay-okay.aku sekarang bekerja di MINES as Retails Managemenet Trainee.memang lari kau-kau du dari course software engineering aku tuh.tapi minat kan,apa bule buat.saygoodbye to coding .hahaha.bilaa aku cakap keje kat mines je ramai yang memandang rendah.pedulik ape aku.janji halal kan.hihi.kerjaa sebagai apa?penat kot aku nak type.ape kate aku paste kan je..aku amik kat website company je pun.hihi



click kat pic untuk tumbesaran


dah baca? kalau tak boleh baca gak..pegi je sini" click i bebeh"

itu saja entri aku.jiwa kosong minda kosong.so tak dapat mengarang dengan baik.hihi,peace

cobweb

hey readers.
long time i didnt update my blog.
seems busy lately and now i feel free.
bytheway thanks for d other readers who always stopped in this blog,
i though at nearly a month is not update.
ok, I lied for almost a month actually.
ok readers,just wait for my next entry
.i cant post now cuz I'm sooo sleepy
.see ya.

5 hour poster fyp

tengok pada tajuk kau rase apesal laaa bongak sangat budak ni buat poster sampai 5 jam..btw meh aku bagitau..actually dah nak siap dahhh poster tuuu hampir ke penamat..last2..adobe photoshop cant responding pulak...memang paling best lah kan..dengan tak save nye..bajet kau pakai alienware takyah save2..skali amik kau...hilang semua..memang final sem ni banyak dugaan..so aku cube meng cool kan diri buat balik balik semulaaaaaaaaaaaaaaaaaa(nampak tak cam bengang sket).orang lain sibuk nak letak banckground warna wani kalerfool..aku pilih tema putih suci murni lagi gebu untuk poster fyp tahun ni(mcmlah evry year buat fyp kannn)




suci kan poster aku ,HAHAHAHA.

siapa kate lelaki pemalas?

hihi.korang yang popuan mesti selalu kate lelaki ni pemalas nak basuh baju pakai tangan kan?btw aku telah membasuh baju pakai tangan ok.whoooooooo awesome gila..and and aku jugak telah berjaya melipat baju sendiri ok..bapak aaa lenguh.yelaa before2 ni aku memang selalu je hantor dobi..skali hantar je 25 bucks..terbaik lah kan...maklum lah..dulu kan busy..skang pon busy jugak.tapi tak leh sebusy dulu kan.ape2 pun sila beri perhatian yang mendalam terhadap gambar2 tersebukkkk....

ni baru half way aku melipat baju..gilee ahh lenguh do

ok siap.yeayyy!


setiap kali aku give nak lipat baju aku mesti pandang baju "never give up" tu terooih aku bersemangat nak lipat baju.berkobar-koba do..hihi



p/s:sempat lagi aku melipat baju di saat2 genting ni....
p/s2:tinggal 3 weeks +- nak tinggalkan UPM.counting..counting...

entri geli-geli

sape yang ade penyakit geli ,menyampah dan sewaktu dgnnya...sile jangan baca.HAHAHAHA

bukan ape.nak cakap rindu je kat awek hot kat bawah ni.HAHAHAHAHAHAHAHAHA
oi.cepat lah- balik malaysia..duduk oversea lame2 tu buat ape...hahahaha...

dah cukup laa tu..sume org yg bace ni sume ewwwwwwww.ahhh lantak ah.hihi












anyonyonyonyo...paling nak gelak laa tengok gamba 5 tahun yang lepas ni.HAHAHAHAHA sweet ape.kan kan kan..

ok bye
'
*sindrom xley tido siapkan fyp perlu diselitkan juga dengan hiburan....hahaha

mampus gua

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Pasaran Terkini dan Status Pelajaran Seluruh Semenanjung

UPSR, PMR/SRP : RM1000-RM3000

SPM : RM3000-RM8000

STPM/DIPLOMA : RM8000-RM12000

DEGREE : RM12000-RM15000

2ND DEGREE/MASTER : RM15000-RM20000

PHD : RM20000-RM30000

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Purata Per Kapita Seisi Rumah, Keturunan, dan Darjat Seluruh Semenanjung.
MISKIN TEGAR : RM500-RM1000

MISKIN : RM1000-RM3000

SEDERHANA MISKIN : RM3000-RM6000

SEDERHANA : RM6000-RM10000

SEDERHANA KAYA : RM10000-RM15000

KAYA : RM15000-RM20000

SANGAT KAYA : RM20000-RM50000

JUTAWAN : RM50000-RM100000

(Semua nilai berdasarkan purata pemerhatian semasa dan kajian-kajian kes hantaran perkahwinan melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor)



Wokeh, untuk kaum lelaki. Mau tak mau korang tengok nilai ni gak kan? Ijazah sampai lima belas ribu. Kalau ikut status pendapatan lagi entah macam mana lah. Tu baru duit hantaran. Cuba kira duit untuk kenduri-kendara yang secara puratanya di nilai dalam lingkungan RM10000 untuk kenduri kecil, tumbang sekor lembu, ayam 50ekor, masak-masak lain, khemah 2 pasang, siap pelamin biasa-biasa, mak andam, duit sewa DJ, upah kendarat, dan lain-lain yang menjadikan jumlah sekurang-kurangnya nak dekat TIGA PULUH RIBU RINGGIT untuk majlis kahwin kebiasaan anak gadis yang BERIJAZAH

Soalannya, RM30000 bolehkah dikumpul dalam tempoh 3-4tahun? Tak? Mungkin boleh, tapi seksa. Jadi, memudahkan jalan. Pinjam Bank Rakyat. Kalau yang kerja kerajaan, pinjam Kerajaan lah.

Kadang-kala, kita terfikir. Nilai ni macam nak jual anak ke? Orang muda macam kita memang akan fikir macam tu. Tapi beb, inilah realiti. Ya, memanglah ada saja orang yang boleh buat hantaran murah. Kalau yang ada tu memang kita respek lah. Namun, berapa ketul lah sangat nak jumpa orang macam tu? Dalam seribu pun payah.

So, berhadapan lah dengan realiti. Melainkan kalau mulut manis boleh slow-talk dengan bakal mentua. Tapi, jangan berharap. Bukan senang hendak mengubah mind-set orang-orang tua walaupun mak bapak sendiri. Ini fakta.

Yang peliknya, kalau nak kahwin sebab cinta, pandai pulak cakap cinta itu tak ternilai. Tiba masa, ehhhh siap ambil kalkulator kira satu-satu berapa sen sangat cinta itu di bandingkan majlis kahwin grand-grand, ala-ala Era Fazira.. (•̪●)

sumber:facebook

pra mmmr

bangun2 pagi aku dah runsing nak pakai baju ape nak pegi dinner malam ni..tahun ni tak de budget ni beli baju dinner.maklumlah pm tak keluarkan bajet lagi tahun 2011.so merangkak laa aku bukak locker pagi2 lalu menggunakan kaedah cuba jaya.bukak je locker lalu kecewa lah aku..sebab aku lupe baju2 kemeja2 sebanyak 6 helai aku sume dah di pinjam oleh rakan2...diorang ni memang pandai pinjam baju yang berjenama je...tinggal kat aku beberapa helai baju yang cam doh cam doh je..runsing dah ni..malam ni dinner..hiyarkkk..


ini lah hasilnya.dengan muka tak mandi.HAHAHA

pehal hitam putih plak ni.tema dala unguuuuuuuuu.cinabeng betul..
eh eh macam popuan pulak pening pale nak pakai ape..HAHAHA.beb~penampilan kene jage..tapelaa kita cube kaedah try & match.


mmmr:majlis makan malam rasmi
venue:pan pasific hotel klia

P/S:ee ehh ade jugak aku pi bershopping pagi ni kang.sempat lagi ni..HAHAHAHAHA

majlis makan malam rasmi

okay.harini(malam nanti) ade dinner kat panpac klia.dinner ini adalah meraikan pelajar tahun akhir yang bakal bergraduat..sob sob..nak abis dah aku..so tema kali ni ini adalah mediveal..iaitu zaman pertengahan inggeris..matilah aku nak cari baju..

mari lah mari pegi mengundi

mari lah mari pegi mengundi tunaikan kewajipan pada universiti.
cewahh.hahahaha
tahun ni aku mengundi sebagai seorang pelajar dan bukan lagi CALON MPP.sedih2.hehe
Kalo dulu aku bertanding dan menjadi calon.sekarang aku pelajar biasa merangkap
SI MANTAN MPPUPM.

korang2 kat sana jangan lupa mengundi k.hihi


wajib tonton.

lets picture speak thousand word.







kerew-kerew

kerew lagik







MASUK ADALAH PERCUMAA!!!!

kontes pic hitam putih paling cool.

hello bhai..harini aku g skodeng sana sini..adik gua bella bajet somel tag gua suh join contest pic hitam putih paling cool.soo aku menyahut cabaran gituu...sempat jugak aku tengok sidebanner kat belog dio.ni haa



taraaaa...ade rase tercabar tak?kalo ko jantan meh masuk bertanding cara sihat.hahaha..sempat lagi korang nak join..tarikh tutup 1 MAC duaribusebelas.moh! moh! kito masuk kontes ni..ini tuan empunya blog SI GADIS BERMATA COKLAT...huuu..awek mata coklat ni cun..aku takleh tengok awek mate coklat ni..cairrr guaaa...cam nak makan je..hihihi..dah ape lagi ? jom ah join *pakse pulak an.hihi

tafiiii korang jgn sesuke je buat kontes ni.sebab ade rules and regulation.ko hengat exam je ade rules and regulation..hahaha..ok silaa dengar orang kampung.

SATU. korang mesti jadi follower SI GADIS BERMATA COKLAT.wajibulghunnah.no execuse !

DUA . letak kan banner contest kat sidebar sepanjang contest berjalan-jalan daaannnn link ke ke blog SI GADIS BERMATA COKLAT.wajib jugak...bukan sunat muaakad ye.


TIGA . korang buatlah entry pasal contest ni daaan berikan idea ape yang korang nak buat kalo
menang RM 100.00






ni gambar mase nak pegi semayang jumaat.gigih kan pakai sampin bagai.hahaha. tadelaa- ni masa hari raya yang lepass.beraya ni rumah rakan-rakan di sah alam. gambar ni ade seorang non-muslim...carik sendiri..hehe..1 malaysia sangat kan.peace!!


AND KALAU LAH-KALAU LAH SAYA MENANG RM 100 TUH.SAYA NAK BELIKAN HANDBAG VINCCI YANG TENGOK KAT ALAMANDA UNTUK BIRTHDAY MAMA SAYA YANG AKAN DATANG TAK LAMA LAGIK.AMIN.


EMPAT . tag kawan2 yang rasa die nak join.baiklah- sini.



LIMA. tarikh tutup : 1 MAC 2011.kamonnnnn bebeh!

doa

lets doa...



sumber,


p/s:mogaa jodoh berpanjangan.amin

lifecycle

evryday we do the same thing right?

i know this picture describe all about you guys.HAHAHAHA

kenafe awek cun tapi bf muke cam samdol.


hola..
camno chinese new year ?bak sikit angpauu der.kiki.harini aku nak open cerita hot sket.benda-benda camni slalu je ade kat skeliling kite.kenape ekkk kalo awek OMG cun gilaa babeng balakk cammm haramm an cam cam perampok(perompak)..bendaa ni banyak je aku tengok kat universiti2..kat luaa.klcc.malaysiaa..&over the world...

tapi lain plak kalo2 lelaki2 hensem + hot+ kaya ni..confirm diorang akan pilih awek yang gerekkk sehh...yang muke stock mcm barbie doll.hahahaha






dua gambar diatas menjadi contoh..fuuuuuu yang perempuan punye laaa world kan...yang laki?hihihihi fikirkan2 laaaa..bukan aku jeles ke hape..ini laaa hakikat yang korang dapat tengok kat sekeliling korang kan?
kenapa? kenape awek2 cun ni tak carik yang hensem dari yang ada ni?..maksud aku yang secocok ngan diaa...kenapa? senang cerita mungkin dia nak kikis duit si lelaki yang kurang hensem ni,yelaaa duit berlambak kot...sape taknak kan...tak kesah laaa x hensem pon...jadi bedalll.....pisau cukur lah kata kan...tapi kalo yang pasangan yang benar2 ikhlass tu bagus lah....yang mane ade niat yang salah tu cepat2 laaa betulkan....tak kemanaa pun korang nanti...








kalau macam depa duaorang baru la SECOCOK.hahaha




p/s:sumber asmady ahmad
p/s1:jangan marah ye heidi klum & bong mokhtar& zizie ezzati.hihihi


AKU MACAM MANE PULAKKKK?hahahahaha



oh saodah!

aku nak ucapkan selamat harijadi pade kau.moga panjang umur murah rezeki dah cepat2lah kau dapat gf.kalo birthday aku yang lepas kau dah hadiahkan sony mp3.birthday kau kali ni aku tak terfikir lagi..ade sejak akhir2 ni kau saje mention kat aku "wallet aku dah rosak la"pastu pandang2 aku kan....heklehhh taktik kotor sangat.celaka betul.hahaha.


orang panggil die odah kat kolej.name betul rudzainy.die ni sumpah bapak poyo..tapi dah lame kau kenal baru kau kenal siapa die..hahaha.

HAPPY BIRTHDAY ODAH!!

FESTIVAL TEATER INTERKOLEJ

memang dasyat aku harini.boleh post sampai 3 entry termasuk yang ni.hahaha.
okeh.harini aku nak share pasak festival teater interkolej.which is pertandingan teater ni melibatkan semua 17 kolej kat upm ni..and this year kc mempertandingkan teater yang bertajuk"SEMBUNYI DI ATAS NOKHTAH".serius jalan cerita ni memang best gilaa. rugi gile2 kalo tak datang tengok..ape kate jom kita layann lampiran-lampiran di bwah(ceh..macam buat assigment plak an)


poster sementara festik .not the real one.the real one is supriseee okeyh.

ini cik pengarah jantung untuk festik kali ni.die ni memang kau suruh bawak watak apa sume boleh.baik kau jangan main-main dengan die..kang selumber die jadi orang gile time kau tengah shopping2 ngan die time kat mid.she is very talented girl + cgpa gempak doe.





half kerew-kerew festik grup teater amar kc.aku takde time ni.sodih.

and ape tugas aku dalam festik ni?

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

aku and farah(my junior) as stage manager

haaaa..jangan main2 ngan kitorang..kitorang boleh smackdown korang tau..eh?ade dalam bidang tugas ke..hahahaha


ape2 pon jangan lupaaa datang tengok "SEMBUNYI DI ATAS NOKHTAH" di:

tempat:auditriuuumm kejuruteraaan.fakulti kejuruteraan.upm
tarikh: 16 febuary 2010.
masa:2 petang.

letak jawatan

Perhatian orang2 kampung..sape setuju kite bako umah kak limah angkat tangan macam saye..hehe dah dah ini merepek nama nya.str8 to the point.dengan ini aku telah meletakkan jawatan sebagai
TIMBALAN NAIB YANG DIPERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SESI 2009/2010.
(bangga tau..walaupun dunia semata.hahaha)

hey,aku letak jawatan bukan kerna apa2 ,kene pecat ke..nak merajuk ke ape.hehehe.cuma perkhidmatan kitorang sebagai mppupm telah tamat tempoh.expired dah.hahahaha.bagi peluang orang2 baru untuk menggantikan tempat kitorang.setelah berhempas pulas selama setahun sebagai mppupm,akhirnya kami tinggalkan kerusi mppupm untuk di isi oleh nextboard mpp.tapi sebelum tu korang kene pegi mengundi dulu untuk calon2 mpp..korang jangan main click je nanti.tengok betul2...dijangka selepas hari raye cina.so korang raye lah puas2 dulu eh.sampai sini sahaja aku nak cerita kita jumpaa di versi letak jawatan fasa II.hihi


wishlist 2011

untuk wish list 2011 ni.setakat ni cume yang ni jelah-
samsung galaxy S.
sape2 yang rase bermurah hati tolong-lah hadiahkan padaku.hihi


uuuu smart an.bagi aku satu weh,kiki


omg.omg.omg.nakkkk




p/s:agak2 bile boleh pakai? ceceghite..ceceghite..

tolong jawab-kan

aku ade satu persoalan...maybe aku dah ade jawapan tersebut..ok now korang cube imagine kat situasi yang aku cube create kan ini.

sebelum:

girls:wehhhh hensem gile aaa mamat tu..cam bradpitt..weh aku dah cair aaa ngan mamat tu..dala senyuman die perghhh buat aku lentok...pandai plak tu...cam dr mahathir....aku nak g laaa jumpe die jap.borak2

girls:hai
boy:heyy:)
girls:boleh kawan?
boy:bolehh

setelah lamaa berkawan si perempuan meluahkan perasaan cintanya kepada lelaki tersebut

girl:can i wannabe special to you?
boy:errr~can we be friends?itu lebih baik kan..btw im has a girlfren oredy.
girl:( no laaa..im kidding only...

after few days

gurls and girls2:aku tak suke siaaa mamat tu...macam bagus je..malas aku nak layan die....die tu kan..potpetpotpotpet(mengumpat)...tak laaa hensem mane punnn....kesian gf die ..malang sungguh...hahaha...kau tau kann haritu...mamat tu...adeke die nak mintak couple ngan aku....sorry...aku tak layan....


ok.its dat situation...

can i noe why bile perempuan tak dapat lelaki tuuu kenapa mesti die cam kutuk2 ehhh..aku dah selalu dengar dah topic mcm ni...pelik2 je korang ni.


dunia ni bepusing...kau ceritaa kat sorang...last2 sampai jugak kat tuan empunya badan...

p/s:ini bukan cerita aku.

hot boyfriend

tajuk entry memang tak menahan kan.like gay.hahaha no-lah actually nak cakap terima kasih kepada insan yang memberi teddy bear kat bawah ni.sumpah ini pertamaa kali aku dapat teddy bear sepanjang aku hidup.muahahahaha.so cute dat teddy bear.tapi sampai skang aku tak pasti apekah binatang tu.HAHAHAHA.

uuuuuu.front view

nahh tengok...kesian teddy bear ni tade mulut.baru gua nak sumbatkan stokin.muhahaha




terima kasih cik hati.ececeh.

aku di ranking 6 dunia

hahaha tak pasalpasal aku plak yang berade kat no 6 ranking.tipu je actually saje nak bikin gempak.hihi,tadelahhh aku nak cite yang universiti putra malaysia (upm) telah dapat ranking ke 6 daripade 95 universiti di dunia yang menyertai penarafan greenmetric world universiti ranking.dasyat ann upm..bangga betul aku..nak kiss boleh.kikiki



pastu an upm merupakan satu2 nya universiti asia yang berade dalam top 10 di kalangan universiti terhebat dunia di atas kecemerlangan universiti dalam mempromosi kelestarian melalui usaha pemeliharaan alam sekitar dan teknologi hijau.



kauuuu tengok.aku pon promosi gak ok.salah satu punca kejayaan tau.hahaha



ape lagi adik2 yang di luar sanaaa..jom ah masuk upm.serius korang x nyesal.hijauuuu kot upm.aku sukaaaa.hahaha.kepada semua student upm moh kite bakoorr jee rumah kak limah ni..kite bakoor.hahahe eh eh tak2...moh kite menghijau kan kampus kesayangan kitaaa.




bila lelaki jatuh cinta

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta
sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu
lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting
dengannya .
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya .
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang
perempuan .


am i like that?wallahualamm~

rileks respect respon.

HOW TO TREAT OTHERS WITH RESPECT

treating people with respect makes your world a nicer place to live in, whether it's at home, at school, or out in your community. And it's easy - all you have to do is treat people the way you like to have them treat you. Here are a few ideas.
• Don't insult people or make fun of them.
• Listen to others when they speak.
• Value other people's opinions.
• Be considerate of people's likes and dislikes.
• Don't mock or tease people.
• Don't talk about people behind their backs.
• Be sensitive to other people's feelings.
• Don't pressure someone to do something he or she doesn't want to do.


We live in a diverse nation made up of many different cultures, languages, races, and backgrounds. That kind of variety can make all our lives a lot more fun and interesting, but only if we get along with each other. And to do that we have to respect each other. In addition to the list above, here are some ways we can respect people
• Try to learn something from the other person.
• Never stereotype people.
• Show interest and appreciation for other people's cultures and backgrounds.
• Don't go along with prejudices and racist attitudes.


en,googles
 
Raazak Mohd © 2012 | Edited by Abylla Studio, with template from BTemplates.com