mampus gua

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Pasaran Terkini dan Status Pelajaran Seluruh Semenanjung

UPSR, PMR/SRP : RM1000-RM3000

SPM : RM3000-RM8000

STPM/DIPLOMA : RM8000-RM12000

DEGREE : RM12000-RM15000

2ND DEGREE/MASTER : RM15000-RM20000

PHD : RM20000-RM30000

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Purata Per Kapita Seisi Rumah, Keturunan, dan Darjat Seluruh Semenanjung.
MISKIN TEGAR : RM500-RM1000

MISKIN : RM1000-RM3000

SEDERHANA MISKIN : RM3000-RM6000

SEDERHANA : RM6000-RM10000

SEDERHANA KAYA : RM10000-RM15000

KAYA : RM15000-RM20000

SANGAT KAYA : RM20000-RM50000

JUTAWAN : RM50000-RM100000

(Semua nilai berdasarkan purata pemerhatian semasa dan kajian-kajian kes hantaran perkahwinan melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor)



Wokeh, untuk kaum lelaki. Mau tak mau korang tengok nilai ni gak kan? Ijazah sampai lima belas ribu. Kalau ikut status pendapatan lagi entah macam mana lah. Tu baru duit hantaran. Cuba kira duit untuk kenduri-kendara yang secara puratanya di nilai dalam lingkungan RM10000 untuk kenduri kecil, tumbang sekor lembu, ayam 50ekor, masak-masak lain, khemah 2 pasang, siap pelamin biasa-biasa, mak andam, duit sewa DJ, upah kendarat, dan lain-lain yang menjadikan jumlah sekurang-kurangnya nak dekat TIGA PULUH RIBU RINGGIT untuk majlis kahwin kebiasaan anak gadis yang BERIJAZAH

Soalannya, RM30000 bolehkah dikumpul dalam tempoh 3-4tahun? Tak? Mungkin boleh, tapi seksa. Jadi, memudahkan jalan. Pinjam Bank Rakyat. Kalau yang kerja kerajaan, pinjam Kerajaan lah.

Kadang-kala, kita terfikir. Nilai ni macam nak jual anak ke? Orang muda macam kita memang akan fikir macam tu. Tapi beb, inilah realiti. Ya, memanglah ada saja orang yang boleh buat hantaran murah. Kalau yang ada tu memang kita respek lah. Namun, berapa ketul lah sangat nak jumpa orang macam tu? Dalam seribu pun payah.

So, berhadapan lah dengan realiti. Melainkan kalau mulut manis boleh slow-talk dengan bakal mentua. Tapi, jangan berharap. Bukan senang hendak mengubah mind-set orang-orang tua walaupun mak bapak sendiri. Ini fakta.

Yang peliknya, kalau nak kahwin sebab cinta, pandai pulak cakap cinta itu tak ternilai. Tiba masa, ehhhh siap ambil kalkulator kira satu-satu berapa sen sangat cinta itu di bandingkan majlis kahwin grand-grand, ala-ala Era Fazira.. (•̪●)

sumber:facebook

2 comments:

  1. Oda Willy said...:

    realiti la beb... apelah sgt 15hibu hinggit tu kan..?hahaha

  1. b@w said...:

    sepatutnye baya deposit dulu 10% pastu test drive dulu..kalau ok baru angkat..kah kah kah

 
Raazak Mohd © 2012 | Edited by Abylla Studio, with template from BTemplates.com