ape yang korang faham pasal sahabat sejati?

aku pecaye kat luaa sane...mesti anggap besfren ialah teman g shopping g tengok wayang teman gosip.dan bla bla bla...ade aku terbaca blog seseorang mengatakan sahabat sejati adalah mereka yang sanggup bantu anda apabila anda dalam kesusahan yang ada hanyalah sahabat,kerana sahabat sanggup buat apa sahaja demi sahabatnya.
Sahabat tidak akan menyakiti hati sahabatnya, sahabat tidak akan mengeluarkan kata-kata yang kurang sedap didengari, kerana sahabat memahami siapa sahabatnya.

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’"

Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim).
Allah swt mencipta lagi dan bumi,begitu jugak makhluknya berpasang-pasangan lihat sahaja haiwan ada jantan dan betina,begitu jugak manusia ada lelaki dan perempuan , kerana apa yang ada dunia adalah pelengkap di akhirat sana. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”


ciri-Ciri Seorang Sahabat Yang Baik Iaitu :

Seorang hamba Allah swt iaitu sibijak pandai berpesan kepada anaknya “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu tanpa membangga diri dan takabur.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya,bukan mengaibkan keburukan mu dikhalayak ramai.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
  • Sahabat berpesan-pesan kepada perkara kebaikan,sekali pun tidak pernah menyinggung perasaanmu.

Ciri-Ciri Seorang Sahabat Yang Perlu Dijauhi Iaitu :

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.


fikir-fikir kan la ek..

*tetibe jadi alim kan.hoho

sumber ayieblog.


2 comments:

  1. sy!ka said...:

    sahabat tu mcm segalenye..sahabat tu kdg2..bukan kwan @ teman,..tnpa kite sedar ibu juga bole jd sahabat..:) a nice one..

 
Raazak Mohd © 2012 | Edited by Abylla Studio, with template from BTemplates.com