Setelah 2 tahun menyiapkan kerja-kerja produksi, maka akhirnya peminat animasi tempatan bakal berpeluang menyaksikan filem animasi 3D sepenuhnya pertama di Malaysia.

Hasil karya Les Copaque sebelum ini amat membanggakan, dengan siri hit mereka Upin & Ipin telah pun membuktikan bahawa mereka benar-benar menghargai setiap sokongan dan bantuan yang diterima terutama dari kerajaan dengan sepenuhnya.

Ketelitian dan kesungguhan mereka menghasilkan karya yang berkualiti dan membanggakan membuktikan bahawa negara kita juga mampu menghasilkan filem-filem animasi yang berkualiti.hahaha gitu je

Geng, pengembaraan bermula membawa watak-watak dalam siri Upin & Ipin dengan latar belakang cerita yang lebih menarik dan mencabar bercirikan tempatan.

Bakal menjengah pawagam pada 12 Februari. Pastikan korang semua datang dengan kawan2 kerana filem ini WAJIB ditengok. Expect nothing like ‘putih’, ‘anto fighter’,’silat lagenda’, or ‘brainscan’ hehehe :P

1 comments:

  1. Papysnow said...:

    Hello~Yuki from lcp here,
    thank you for the writeup on our movie!!^^

    it's 7 days left, GENG will be shown in the cinema!!
    Do support us there!~^^

 
Raazak Mohd © 2012 | Edited by Abylla Studio, with template from BTemplates.com